Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 21 Julai 2011

MAKLUMAN 2: Laporan Penyiasatan Kes DENGGI

Dengan penuh hormat sukacita merujuk memorandum Pengarah Kesihatan Alam Sekitar, Jabatan Perhidmatan Kesihatan,Kem Kesihatan, melalui Jabatan Daerah Brunei/Muara bertarikh 02 Jun 2011, bahawa satu kes Denggi telah pun dilaporkan di kawasan Daerah Brunei/Muara.
Sehubungan dengan itu, dukacita dipohonkan kerjasama penduduk-penduduk Kg Lupak Luas dan Tarap Bau akan dapat memantau supaya sentiasa mengamalkan amalan kebersihan dipersekitaran rumah dan memastikan tiada tempat ruang yg boleh menggalakan pembiakan nyamuk "Aedes Albopictus" , agar kita dapat mempertingkatkan kesedaran dan kepentingan mengenai alam sekitar.

Sekian untuk makluman Biskita demi menjaga kesihatan kampong kitani.

Hj Suhaili Hj Moktar
Pemangku Ketua Kg Lupak Luas/Tarap Bau.
Tarikh: 21 Jun 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan