Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 22 Julai 2011

MAJLIS BERSAMA RAKYAT 2011


MAKLUMAN 5: MAJLIS BERSAMA RAKYAT

Kepada semua penduduk Kampong Lupak Luas dan Tarap Bau, Sukacita di jemput Tuan-Tuan dan Puan-Puan supaya dapat hadir di Majlis Bersama Rakyat:

Pada : 24 July 2011

Jam: 7:30 Pagi

Tempat : Taman Sultan Haji Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan.

Pakaian: Baju Melayu bagi lelaki dan Baju Kurong bagi Perempuan.

Numbor Kem: 17 dan 18 (MPK: Lupak Luas/Tarap Bau)


Wassalam,

Hj Suhaili Hj Moktar
Pemangku Ketua Kg Lupak Luas/Tarap Bau,

Khamis, 21 Julai 2011

MAKLUMAN 3: Pusat Pemedulian Pelangan: Talian "140"

Dengan segala hormatnya sukacita dimaklumkan kepada semua penduduk Kg Lupak Luas/Tarap Bau bahawa Kementerian Pembangunan telah menubuhkan pusat pemedulian pelangan dengan Talian 140. Pusat ini akan menerima semua aduan dan pertanyaan melalui telifon mengenai perhidmatan-perhidmatan yg berkaitan dengan jabatan-jabatan dibawah ini:

* Jabatan Kerja Raya
* Jabatan Kemajuan Perumahan
* Jabatan Perancang Bandar dan Desa
* Jabatan Tanah
* Jabatan Ukur
* Jabatan Alam Sekitar dan Taman Rekreasi
* Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan
* Divisyen Guna Tanah, Perumahan dan Alam Sekitar
* Unit Peraturan Kewangan dan Audit Dalaman

Sehubungan dengan itu sekiranya Biskita hendak melaporkan sesuatu aduan atau pertanyaan sila hubungi talian tersebut.

Sekian untuk makluman Biskita
Hj Suhaili Hj Moktar
Pemangku Ketua Kg Lupak Luas/Tarap Bau
Tarikh : 29 Jun 2011

MAKLUMAN 2: Laporan Penyiasatan Kes DENGGI

Dengan penuh hormat sukacita merujuk memorandum Pengarah Kesihatan Alam Sekitar, Jabatan Perhidmatan Kesihatan,Kem Kesihatan, melalui Jabatan Daerah Brunei/Muara bertarikh 02 Jun 2011, bahawa satu kes Denggi telah pun dilaporkan di kawasan Daerah Brunei/Muara.
Sehubungan dengan itu, dukacita dipohonkan kerjasama penduduk-penduduk Kg Lupak Luas dan Tarap Bau akan dapat memantau supaya sentiasa mengamalkan amalan kebersihan dipersekitaran rumah dan memastikan tiada tempat ruang yg boleh menggalakan pembiakan nyamuk "Aedes Albopictus" , agar kita dapat mempertingkatkan kesedaran dan kepentingan mengenai alam sekitar.

Sekian untuk makluman Biskita demi menjaga kesihatan kampong kitani.

Hj Suhaili Hj Moktar
Pemangku Ketua Kg Lupak Luas/Tarap Bau.
Tarikh: 21 Jun 2011

Rabu, 20 Julai 2011

MAKLUMAN 1: Pengibaran Bendera Brunei Darussalam Sempena Puja Usia KDYMM

Dengan hormat sukacita dimaklumkan kepada Biskita bahawa saya telah diarahkan oleh pegawai Daerah Beunei/Muara dgn merujuk keputusan muzakarah mingguan kali ke 5/2011 dari KHEDN utk membuat statistik jumlah penduduk katani yg menaikkan bendera dan tidak menaikkan bendera. Tujuanya utk memperbaiki dan mengatasi masalah yg sering diperbincangkan. Sehubungan dengan perkara diatas sukacita saya dan ketua rumah yg tinggal di Kg Lupak Luas dan Tarap Bau untuk memastikan memasang bendera pada setiap rumah.
Oleh yg demikian besarlah harapan saya kiranya Biskita dapat mengambil maklum dalam perkara ini bagi menyahut seruan yg telah disarankan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kepada seluruh mukim dan kampong di Negara Brunei Darussalam ini.

Sekian disampaikan utk makluman.

Hj Suhaili Hj Moktar
Pemangku Ketua Kampong Lupak Luas/Tarap Bau,
Tarikh :20 Jun 2011

MAKLUMAN 4: ACARA PENTAS PERAYAAN HARI KEPUTRAAN

Dengan hormat sukacita dimaklumkan kepada Biskita bahawa Peraduan Irama Melodi Dakwah dan Mari Bercerita bagi Kanak-Kanak(Tunas Mekar) dan di alu-alukan untuk hadir :

Pada: Hari Jumaat, 29 Julai 2011.

Tempat: Pentas Perayaan, Kawasan Letak Kereta
Berhadapanan Bangunan Alat-Alat Kebasaran Diraja
Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Anjuran: Majlis Perundingan Mukim Lumapas.

Penyelaras: Hj Suhaili Hj Moktar

Selasa, 12 Julai 2011



Pemasangan racun ini telah di tunjuk ajar oleh salah seorang pegawai pertanian, dan
diberikan penerangan secara ringkas bagi memudahkan anak buah kampong memahami
bagi keselamatan bersama.

Meracun Babi-Babi Hutan


Meracun Babi-babi hutan.

Pada 12/07/2011 Berberapa orang pegawai pertanian datang membantu bagi memasang
racun untuk babi hutan di sekitar Kg Lupak Luas dan Tarap Bau. Berberapa orang anak buah
kampong datang bagi menyediakan ubi-ubi kayu untuk dijadikan umpan.
Pemasangan umpan untuk babi hutan diketuai oleh Hj Suhaili Hj Moktar, Pemangku Ketua Kampong Lupak Luas / Tarap Bau dan berberapa orang Ahli Jawatan Kuasa Perundingan
Kampong.