Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 29 November 2012

MAKLUMAN: TREK BARU LARIAN CABARAN BUKIT SAEH 2012


MAKLUMAN: PERSERTA

Mana-mana perserta yang ingin mengikuti acara Larian Cabaran Bukit Saeh,pada 02/12/2012 yang tidak sempat menghantar borang perserta akan dapat datang lebih awal ke Komplex Sukan Sg Kebun 1 jam sebelum acara bermula.

Harap Maklum,

MAKLUMAN: Pengubahan Trek Laluan Cabaran Bukit Saeh 2012

Asalamualaikum untuk makluman Jawatan Kuasa dan Perserta bahawa larian yang telah awal-awal dirancang menuju ke Bukit Saeh telah diubah laluanya menuju ke Bukit Kelamasi terus keluar ke Kg Kasat dan terus menuju Komplex  Sukan Sg.Kebun , Mengenai dengan projek Cabaran Bukit Saeh yang telah di cadangkan oleh MPK Lupak Luas/Tarap Bau akan diambil alih oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk dinaikan taraf ke CABARAN LARIAN ANTARABANGSA 2013.
 Alhamdulillah dengan usaha katani semua maka projek berkenaan mendapat perhatian .

Harap Maklum,
Hj Suhaili Hj Moktar
Pengurus Cabaran Bukit Saeh 2012,
Ketua Kampong Lupak Luas/Tarap Bau.

Khamis, 22 November 2012

BAJU -T - CABARAN BUKIT SAEH 2012

Mana-mana perserta yang berminat ingin membeli baju "Cabaran Bukit Saeh 2012"

Harga: BND$16.00

Size : M / L / XL / XXL

Sila hubungi terus tel: 8726731

Rabu, 14 November 2012

BIRO WANITA: Sambutan Awal Tahun Hijrah 1434

Biro wanita Mukim Lumapas dan LLTB akan mengadakan majlis sambutan awal tahun hijrah:

Pada: 16/11/2012
Hari: Jummat
Jam: 2 Petang
Tempat: Dewan Sekolah Ugama Lumapas

Aturacara mejlis iaitu ceramah khas bertajuk: "Muhasabah Bagi Wanita"
Sukacita dijemput Isteri dan peranak abistuan akan dapat hadir ke mejlis tersebut diatas.
Dan kami tidak lupa mengucakan ribuan terima kasih.

Harap Maklum.

Sabtu, 10 November 2012

Makluman: Genap 1000 pengunjung layari Blog LLTB

Ucapan terima kasih kepada pengunjung yang melayari Blog LLTB kerana hari ini 11/11/2012 genap jumlah pengunjung ke 1000 orang .Segala khidmat nasihat atau comment yang telah diajukan kami tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih.

Harap Maklum


Lawatan Kerja KHEDN ke rumah Ketua Kampong LLTB.

Lawatan Kerja KHEDN Kerumah Ketua Kampong LLTB

Rombongan para hakim dari KHEDN dan jabatan dibawahnya untuk menghakimkan cara ketua kampong membuat penyelarasan kepada MPK-LLTB mengandalikan Anugerah Kampong Cermerlang seperti:
1- Sudut pentadbiran ketua kampong,
2- Perekonomian
3- Keagamaan
4- Kebudayaan
5- Pendidikan
6- Keceriaan
Alhamdulilah semua soalan dan cadangan yang diajukan ada yang sudah katani laksanakan,dalam perancangan dan perbincangan.

Harap Maklum

Ketua Kampong LLTB

Jumaat, 9 November 2012

Makluman: Taklimat Dan Penyerahan Tugas Cabaran Bukit Saeh

Asalamulaikum, Sukacitanya menjemput biskita hadir untuk mendengarkan taklimat penyelarasan tugas jawatankuasa dan tadbir Cabaran Bukit Saeh:

Pada: 16 / 11 / 2012

Jam : 2.00 Petang.

Tempat : Bilik VIP Komplek Sukan Sungai Kebun.

Kahadiran dan maklum balas biskita amatlah diharapkan dan dihargai, Serta dipohon kerjasama biskita menyampaikan kepada yang berkenaan untuk hadir jika kiranya yang dimaksudkan belum dihubungi.

Harap Maklum,

Jumaat, 2 November 2012

Makluman: Kecurian di Kg Kasat

Asalamulaikum untuk makluman biskita tadi 01.11.2012 jam 10 pagi ada kecurian di Kg Kasat barang2 yang dicuri seperti Laptop,camera,dan barang2 lainya.Olehitu katani hendaklah berjaga2 ingat mengingati sekiranya ada yang mencurigakan biskita, hendaklah lakas2 menghubungi mana2 yang dapat dihubungi.

Harap maklum
Ketua Kampong LLTB